35. Tetapi lelaki dan perempuan yang layak dibangkitkan daripada kematian dan hidup pada zaman yang akan datang tidak berkahwin.
36. Mereka akan menjadi seperti malaikat; mereka tidak mati lagi. Mereka menjadi anak-anak Allah, kerana mereka sudah dibangkitkan daripada kematian.
37. Musa menjelaskan bahawa orang mati akan dibangkitkan. Tulisannya tentang belukar yang bernyala menyatakan Tuhan sebagai ‘Allah yang disembah oleh Abraham, Ishak, dan Yakub.’
38. Hal ini bererti bahawa Allah itu Allah orang hidup, bukan Allah orang mati, kerana Allah menganggap mereka semua hidup.”
39. Beberapa orang guru Taurat berkata, “Sungguh baik jawapan guru.”
40. Mereka tidak lagi berani menanyakan apa-apa kepada Yesus.
41. Yesus bertanya kepada mereka, “Bagaimanakah orang dapat mengatakan bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud?
42. Daud berkata di dalam Kitab Mazmur,‘Tuhan berfirman kepada Tuhanku:Duduklah di sebelah kanan-Ku,
43. sehingga Aku menakluki musuh-Mu ke bawah kaki-Mu.’
44. Jika Daud memanggil Dia ‘Tuhan’, bagaimana mungkin Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud?”
45. Sementara semua orang mendengarkan kata-kata-Nya, Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya,
46. “Berhati-hatilah dengan guru Taurat. Mereka suka berjalan-jalan dengan memakai jubah panjang, dan suka dihormati orang di pasar. Mereka memilih tempat terbaik di dalam rumah ibadat dan di majlis jamuan.
47. Mereka memperdaya balu dan merampas rumah mereka, kemudian berpura-pura berdoa dengan berpanjangan! Mereka akan menerima hukuman yang amat berat!”