3. Yesus menjawab, “Aku juga ingin bertanya kepada kamu. Katakanlah,
4. dengan hak siapakah Yohanes membaptis orang? Dengan hak Allah atau manusia?”
5. Mereka mula membincangkan soalan itu, “Apakah yang akan kita katakan? Jika kita menjawab, ‘Dengan hak Allah,’ Dia akan berkata, ‘Mengapa kamu tidak percaya kepada Yohanes?’
6. Tetapi jika kita berkata, ‘Dengan hak manusia,’ semua orang akan merejam kita, kerana mereka percaya bahawa Yohanes seorang nabi.”