Lukas 2:46-52 Alkitab Berita Baik (BM)

46. Pada hari ketiga mereka mendapati Yesus di dalam Rumah Tuhan. Dia sedang duduk mendengarkan guru-guru agama Yahudi dan mengajukan soalan.

47. Semua orang yang mendengar Yesus hairan kerana jawapan-Nya bijak.

48. Ibu bapa-Nya pun hairan melihat Dia. Ibu-Nya berkata kepada Dia, “Nak, mengapa berbuat seperti ini terhadap ayah dan emak? Cemas hati ayah dan emak mencari-Mu!”

49. Yesus menjawab, “Mengapa mencari Aku? Tidakkah Aku harus di rumah Bapa-Ku?”

50. Tetapi mereka tidak memahami jawapan Yesus.

51. Setelah itu Yesus pulang bersama-sama mereka ke Nasaret dan taat kepada mereka. Ibu-Nya menyimpan semua perkara ini di dalam hati.

52. Yesus bertambah besar dan bijaksana, dan Dia menyenangkan hati Allah mahupun manusia.

Lukas 2