Lukas 2:24-34 Alkitab Berita Baik (BM)

24. Mereka juga mempersembahkan korban menurut hukum Tuhan, iaitu sepasang burung dara atau dua ekor burung merpati muda.

25. Pada masa itu di Yerusalem ada seorang lelaki bernama Simeon. Dia seorang yang baik dan takut akan Allah. Dia menantikan masanya Allah menyelamatkan Israel. Roh Allah menyertai Simeon

26. dan memberitahu dia bahawa dia tidak akan meninggal sebelum melihat Penyelamat yang dijanjikan oleh Tuhan.

27. Dengan pimpinan Roh Allah Simeon masuk ke Rumah Tuhan. Pada waktu itu Yusuf dan Maria membawa Yesus yang masih kecil itu ke Rumah Tuhan untuk melakukan apa yang diperintahkan Taurat bagi-Nya.

28. Simeon mengambil anak itu lalu mendukung-Nya sambil memuji Allah,

29. “Sekarang, ya Tuhan, Engkau telah menepati janji-Mu.Biarlah hamba-Mu meninggal dengan tenteram.

30. Dengan mataku sendiri aku sudah melihatPenyelamat yang datang daripada-Mu.

31. Penyelamat yang telah Engkau sediakan di hadapan semua bangsa;

32. bagaikan cahaya yang menunjukkan kehendak-Mu bagi bangsa-bangsa laindan cahaya yang mendatangkan kemuliaan bagi umat-Mu Israel.”

33. Ibu bapa anak itu hairan mendengar apa yang dikatakan oleh Simeon tentang anak itu.

34. Simeon memberkati mereka dan berkata kepada Maria, ibu anak itu, “Anak ini sudah dipilih oleh Allah untuk membinasakan dan menyelamatkan banyak orang Israel. Dia akan menjadi tanda daripada Allah, yang akan dilawan oleh banyak orang,

Lukas 2