Lukas 2:16-20 Alkitab Berita Baik (BM)

16. Mereka segera pergi, lalu menjumpai Maria, Yusuf, dan bayi yang sedang berbaring di dalam palung.

17. Apabila para gembala melihat bayi itu, mereka memberitahu semua orang di situ apa yang dikatakan oleh malaikat tentang bayi itu.

18. Semua orang yang mendengarnya hairan akan apa yang dikatakan oleh para gembala itu.

19. Tetapi Maria menyimpan semua perkara itu di dalam hati dan merenungkannya.

20. Semua gembala itu kembali ke padang sambil memuji-muji Allah bagi segala yang sudah didengar dan dilihat oleh mereka, kerana semuanya tepat seperti yang dikatakan oleh malaikat.

Lukas 2