15. Yesus berkata kepada mereka, “Kamulah orang yang berpura-pura benar di hadapan manusia, tetapi Allah mengetahui isi hati kamu. Apa yang dianggap berharga oleh manusia, dibenci oleh Allah.
16. Sebenarnya Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi berlaku hanya sehingga masa Yohanes Pembaptis. Selepas itu, Berita Baik tentang bagaimana Allah memerintah diberitakan dan orang berasak-asak hendak menikmatinya.
17. Tetapi lebih mudah bagi langit dan bumi ini lenyap daripada satu titik pun dalam Taurat ditiadakan.
18. Sesiapa yang menceraikan isterinya lalu berkahwin dengan wanita lain, berzina. Demikian juga lelaki yang berkahwin dengan wanita yang telah diceraikan, berzina juga.”
19. “Ada seorang kaya; pakaiannya mahal-mahal dan hidupnya mewah setiap hari.
20. Ada pula seorang miskin bernama Lazarus. Tubuhnya penuh dengan kudis yang bernanah. Lazarus biasa dibawa ke hadapan pintu rumah orang kaya itu.
21. Dia berharap dapat mengisi perut dengan sisa-sisa yang dibuang dari meja orang kaya itu. Kadang-kadang anjing datang menjilat kudisnya.
22. Orang miskin itu meninggal lalu dibawa oleh malaikat ke sisi Abraham di syurga. Orang kaya itu pun meninggal dan dikebumikan.
23. Di alam maut dia sangat menderita. Apabila dia memandang ke atas, dia nampak Abraham jauh di sana dengan Lazarus di sisinya.