Lukas 11:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Pada suatu hari, Yesus berdoa di suatu tempat. Setelah Dia berdoa, salah seorang pengikut-Nya berkata kepada-Nya, “Ya Tuhan, ajarlah kami berdoa sebagaimana Yohanes mengajar pengikutnya berdoa.”

2. Yesus berkata kepada mereka, “Berdoalah demikian,‘Ya Bapa,Engkaulah Allah yang Esa.Semoga Engkau disembah dan dihormati.Engkaulah Raja kami.Semoga Engkau memerintah di bumi.

3. Berilah kami makanan yang kami perlukan setiap hari.

4. Ampunkanlah dosa kami, kerana kami pun mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kami.Dan janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai.’ ”

5. Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Seandainya seorang daripada kamu pergi ke rumah kawannya pada tengah malam, lalu berkata, ‘Hai kawan, pinjami aku tiga ketul roti,

Lukas 11