Lukas 1:69-77 Alkitab Berita Baik (BM)

69. Dia mengurniai kita Penyelamat yang berkuasa,seorang keturunan Daud, hamba-Nya.

70. Dahulu kala melalui nabi-nabi yang dipilih-Nya, Tuhan telah berjanji

71. akan menyelamatkan kita daripada musuh,dan daripada kuasa orang yang membenci kita.

72. Dia berjanji akan merahmati nenek moyang kita,serta ingat akan janji-Nya yang suci itu.

73-74. Dia bersumpah kepada nenek moyang kita Abraham,dan berjanji akan menyelamatkan kita daripada musuh,serta membolehkan kita mengabdikan diri kepada-Nya tanpa takut,

75. supaya kita menjadi suci dan menyenangkan hati-Nyasepanjang hidup kita.

76. Engkau, hai anakku, akan disebutnabi Allah Yang Maha Tinggi.Engkau diutus terlebih dahulu daripada Tuhan supaya merintis jalan untuk-Nya,

77. supaya memberitahu umat-Nya bahawa mereka akan diselamatkan,apabila Allah mengampunkan dosa mereka.

Lukas 1