Lukas 1:65-71 Alkitab Berita Baik (BM)

65. Semua jirannya ketakutan dan berita ini tersebar ke seluruh pergunungan Yudea.

66. Semua orang yang mendengar perkara itu berkata dalam hati, “Anak ini tentu akan menjadi orang besar.” Mereka berkata demikian kerana nyata sekali kuasa Tuhan menyertainya.

67. Zakharia, bapa Yohanes, dikuasai oleh Roh Allah, lalu menyampaikan berita daripada Allah. Dia berkata,

68. “Marilah kita memuji Tuhan,Allah bangsa Israel!Dia sudah datang untuk menyelamatkan umat-Nyadan membebaskan mereka.

69. Dia mengurniai kita Penyelamat yang berkuasa,seorang keturunan Daud, hamba-Nya.

70. Dahulu kala melalui nabi-nabi yang dipilih-Nya, Tuhan telah berjanji

71. akan menyelamatkan kita daripada musuh,dan daripada kuasa orang yang membenci kita.

Lukas 1