Lukas 1:55-68 Alkitab Berita Baik (BM)

55. Dia tidak lupa merahmati Abrahamdan keturunannya selama-lamanya!”

56. Maria tinggal dengan Elisabet kira-kira tiga bulan lamanya, lalu pulang ke rumah.

57. Apabila tiba masanya Elisabet bersalin, dia melahirkan seorang anak lelaki.

58. Semua jiran dan sanak saudaranya mendengar betapa baiknya Tuhan terhadap Elisabet, dan mereka ikut bersukacita dengan dia.

59. Setelah bayi itu berumur lapan hari, mereka datang untuk menyunat dia. Mereka hendak menamakan bayi itu Zakharia menurut nama bapanya.

60. Tetapi ibunya berkata, “Jangan! Dia harus dinamakan Yohanes.”

61. Mereka berkata kepadanya, “Tetapi tidak seorang pun antara sanak saudaramu bernama begitu.”

62. Lalu dengan isyarat, mereka bertanya kepada bapa bayi itu nama yang hendak diberikan kepada anaknya.

63. Zakharia meminta sebuah papan tulis lalu menulis, “Namanya Yohanes.” Mereka semua hairan.

64. Pada masa itu juga Zakharia dapat bercakap semula lalu mula memuji-muji Allah.

65. Semua jirannya ketakutan dan berita ini tersebar ke seluruh pergunungan Yudea.

66. Semua orang yang mendengar perkara itu berkata dalam hati, “Anak ini tentu akan menjadi orang besar.” Mereka berkata demikian kerana nyata sekali kuasa Tuhan menyertainya.

67. Zakharia, bapa Yohanes, dikuasai oleh Roh Allah, lalu menyampaikan berita daripada Allah. Dia berkata,

68. “Marilah kita memuji Tuhan,Allah bangsa Israel!Dia sudah datang untuk menyelamatkan umat-Nyadan membebaskan mereka.

Lukas 1