Lukas 1:43-60 Alkitab Berita Baik (BM)

43. Mengapakah penghormatan yang sebesar ini diberikan kepadaku, sehingga ibu Tuhanku datang melawat aku?

44. Sebaik sahaja aku mendengar salammu, anak dalam kandunganku bergerak kerana bersukacita.

45. Alangkah bahagianya kamu kerana percaya bahawa apa yang dikatakan oleh Tuhan kepadamu akan berlaku!”

46. Maria berkata,“Hatiku menyanjung Tuhan;

47. jiwaku bersukacita kerana Allah, Penyelamatku,

48. Dia ingat akan daku, hamba-Nya yang hina!Mulai sekarang semua orang akan mengatakan aku berbahagia,

49. kerana Allah Maha Kuasa sudah melakukan perkara yang besar untukku.Sucilah nama-Nya.

50. Dia merahmati orang yang menghormati-Nya,keturunan demi keturunan.

51. Dengan tangan-Nya yang berkuasaDia mencerai-beraikan mereka yang sombong,dan mengacaukan rancangan mereka.

52. Dia menurunkan raja dari takhtalalu meninggikan orang hina.

53. Dia memuaskan orang lapar dengan segala yang baik,tetapi orang kaya diusir-Nya sehingga pergi dengan berhampa tangan.

54. Dia menepati janji-Nya kepada nenek moyang kita;Dia datang untuk menyelamatkan Israel hamba-Nya.

55. Dia tidak lupa merahmati Abrahamdan keturunannya selama-lamanya!”

56. Maria tinggal dengan Elisabet kira-kira tiga bulan lamanya, lalu pulang ke rumah.

57. Apabila tiba masanya Elisabet bersalin, dia melahirkan seorang anak lelaki.

58. Semua jiran dan sanak saudaranya mendengar betapa baiknya Tuhan terhadap Elisabet, dan mereka ikut bersukacita dengan dia.

59. Setelah bayi itu berumur lapan hari, mereka datang untuk menyunat dia. Mereka hendak menamakan bayi itu Zakharia menurut nama bapanya.

60. Tetapi ibunya berkata, “Jangan! Dia harus dinamakan Yohanes.”

Lukas 1