Lukas 1:42-45 Alkitab Berita Baik (BM)

42. lalu dia berseru, “Berbahagialah kamu antara semua wanita! Berbahagialah anak yang akan kamu lahirkan itu!

43. Mengapakah penghormatan yang sebesar ini diberikan kepadaku, sehingga ibu Tuhanku datang melawat aku?

44. Sebaik sahaja aku mendengar salammu, anak dalam kandunganku bergerak kerana bersukacita.

45. Alangkah bahagianya kamu kerana percaya bahawa apa yang dikatakan oleh Tuhan kepadamu akan berlaku!”

Lukas 1