4. Saya berbuat demikian supaya tuan dapat tahu dengan selengkapnya bahawa apa yang telah diajarkan kepada tuan memang benar.
5. Ketika Herodes menjadi raja negeri Yudea, ada seorang imam bernama Zakharia. Dia termasuk golongan imam Abia. Isterinya bernama Elisabet dan dia juga keturunan imam.
6. Kehidupan suami isteri itu menyenangkan hati Allah. Mereka mentaati semua hukum dan perintah Tuhan.
7. Mereka tidak mempunyai anak kerana Elisabet mandul dan kedua-duanya sudah lanjut usia.
8. Pada suatu hari, Zakharia dan rakan-rakan segolongannya mendapat giliran untuk bertugas di Rumah Tuhan.
73-74. Dia bersumpah kepada nenek moyang kita Abraham,dan berjanji akan menyelamatkan kita daripada musuh,serta membolehkan kita mengabdikan diri kepada-Nya tanpa takut,
78-79. Allah kita pengasih dan penyayang.Bagi menyelamatkan kita Dia akan datangbagaikan fajar terang yang menyinari semua orangyang hidup dalam kegelapan dan di bawah bayang maut.Dia akan memimpin kitake jalan yang menuju kedamaian.”