Kisah Rasul-Rasul 28:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Setelah kami mendarat dengan selamat, baru kami tahu bahawa pulau itu bernama Malta.

2. Penduduk pulau itu sangat mesra dengan kami. Hujan mula turun dan udara pun sejuk. Oleh itu mereka menyalakan api dan menyambut kami semua.

3. Paulus mengumpulkan kayu dan ketika dia meletakkan kayu di atas api, seekor ular keluar kerana bahang api itu lalu memagut tangan Paulus.

Kisah Rasul-Rasul 28