34. Gabenor membaca surat itu lalu bertanya kepada Paulus dari mana asalnya. Apabila gabenor mengetahui bahawa Paulus berasal dari Kilikia,
35. gabenor berkata, “Baiklah! Saya akan memeriksa perkara kamu apabila pendakwa-pendakwa kamu tiba.” Lalu gabenor memberikan perintah supaya Paulus ditahan di dalam istana yang dahulu dibina oleh Raja Herodes.