35. Mereka membawa dia sampai ke tangga, lalu askar-askar itu harus menggotong Paulus kerana orang ramai yang merusuh itu mengamuk.
36. Perusuh-perusuh itu mengikuti Paulus sambil berseru, “Bunuh dia!”
37. Apabila askar-askar hampir sampai ke kubu, Paulus berkata kepada komandan itu, “Bolehkah saya bercakap sebentar dengan tuan?”Komandan itu berkata, “Kamu dapat berbahasa Yunani!
38. Jika demikian kamu bukan orang Mesir yang tempoh hari memulakan pemberontakan dan memimpin empat ribu orang pengganas bersenjata pergi ke padang gurun.”