23. Sesuai dengan rancangan-Nya sendiri, Allah sudah menentukan bahawa Yesus akan diserahkan kepada saudara-saudara. Saudara semua membunuh Dia ketika menyebabkan orang berdosa menyalibkan Dia.
24. Tetapi Allah sudah membangkitkan Dia daripada kematian. Allah membebaskan Dia daripada derita kematian, kerana tidak mungkin Dia dikuasai terus oleh kematian.
25. Daud pernah berkata tentang Yesus,‘Aku sentiasa melihat Engkau Tuhan di hadapanku;Engkau mendampingi aku, sehingga tiada apa pun dapat menyusahkan aku.
26. Oleh itu aku bersukacitadan bergembira ketika berkata-kata;walaupun aku hanya manusia,tetapi aku tetap berharap kepada-Mu,
27. kerana Engkau tidak akan meninggalkan akudi dunia orang mati.Engkau tidak akan membiarkantubuh hamba-Mu yang setia itu hancur.
28. Engkau sudah menunjukkanjalan yang menuju ke hidup sejati,dan aku bersukacitakerana Engkau menyertai aku.’
29. Saudara-saudara, saya harus berkata dengan jelas tentang nenek moyang kita Daud. Dia sudah meninggal dan dikuburkan, dan kuburnya masih ada antara kita sehingga sekarang.
30. Allah bersumpah bahawa Dia akan melantik salah seorang keturunan Daud menjadi raja, seperti Daud sendiri. Daud tahu akan janji Allah itu, kerana Daud pun seorang nabi.
31. Daud mengetahui apa yang akan dilakukan oleh Allah. Oleh itu Daud bernubuat tentang kebangkitan Penyelamat yang diutus oleh Allah. Daud berkata,‘Dia tidak akan ditinggalkan di dunia orang mati;tubuh-Nya tidak akan hancur di kubur.’
32. Yesus inilah yang dibangkitkan oleh Allah daripada kematian. Kami semua sudah menyaksikan hal itu.
33. Allah mengangkat Yesus ke tempat yang berkuasa di sebelah kanan Allah, dan Yesus menerima Roh Allah yang sudah dijanjikan oleh Bapa. Apa yang kamu lihat dan dengar sekarang ini adalah Roh itu yang sudah dicurahkan oleh Yesus ke atas kami.
34. Daud sendiri tidak naik ke syurga, tetapi dia berkata,‘Tuhan berfirman kepada Tuhanku:Duduklah di sebelah kanan-Ku,