1. Hal yang sama juga berlaku di Ikonium. Paulus dan Barnabas masuk ke rumah ibadat orang Yahudi dan berkata-kata sedemikian rupa sehingga banyak orang Yahudi dan orang bangsa lain percaya kepada Yesus.
2. Tetapi orang Yahudi yang tidak mahu percaya kepada Yesus, menghasut orang bangsa lain sehingga mereka membenci orang yang percaya kepada Yesus.
3. Rasul-rasul tinggal lama di situ dan berkata-kata dengan berani tentang Tuhan. Tuhan pun membuktikan bahawa perkhabaran mereka tentang kasih-Nya itu benar dengan memberi mereka kuasa melakukan mukjizat dan perkara-perkara yang luar biasa.
4. Penduduk di bandar itu terbahagi menjadi dua golongan: ada yang berpihak kepada orang Yahudi dan ada yang berpihak kepada rasul-rasul itu.
5. Lalu orang Yahudi dan orang bukan Yahudi bersama-sama para pemimpin mereka bersepakat untuk menganiaya dan merejam rasul-rasul itu.
6. Apabila rasul-rasul mengetahui hal itu, mereka lari ke Listra dan Derbe, bandar-bandar di Likaonia dan ke daerah di sekitarnya.
7. Di situ mereka mengkhabarkan Berita Baik itu.
8. Di Listra ada seorang lelaki yang kakinya lumpuh sejak lahir dan dia tidak pernah berjalan.
9. Dia duduk di situ dan mendengarkan kata-kata Paulus. Paulus melihat bahawa orang itu dapat disembuhkan kerana dia percaya. Oleh itu Paulus menatap dia