Kisah Rasul-Rasul 11:11-14 Alkitab Berita Baik (BM)

11. Pada saat itu juga, tiga orang dari Kaisarea yang diutus kepadaku, tiba di rumah tempat aku menginap.

12. Roh Allah menyuruh aku mengikut mereka dengan tidak ragu-ragu. Enam orang saudara seiman dari Yope, menyertai aku ke Kaisarea, dan kami semua masuk ke rumah Kornelius.

13. Kornelius memberitahu kami bahawa dia melihat satu malaikat berdiri di rumahnya dan berkata, ‘Suruhlah orang pergi ke Yope untuk memanggil seorang lelaki bernama Simon Petrus.

14. Dia akan menyampaikan berita yang boleh menyelamatkan engkau dan keluargamu.’

Kisah Rasul-Rasul 11