1. Rasul-rasul dan pengikut-pengikut Yesus di seluruh Yudea mendengar bahawa orang bukan Yahudi pun sudah menerima firman Allah.
2. Apabila Petrus pergi ke Yerusalem, orang Yahudi yang percaya kepada Yesus dan masih berpegang kepada upacara bersunat, mencela Petrus. Mereka berkata,
3. “Kamu menumpang di rumah orang bukan Yahudi yang tidak bersunat. Bahkan kamu makan bersama-sama mereka!”
4. Oleh itu Petrus memberikan laporan lengkap tentang apa yang sudah berlaku. Dia melaporkan hal itu mulai dari permulaan,
5. “Aku sedang berdoa di kota Yope, lalu melihat suatu penglihatan. Aku melihat sesuatu seperti kain lebar diturunkan dari langit, tergantung pada keempat-empat sudutnya, lalu berhenti di sisiku.
6. Semasa aku memperhatikan bahagian dalamnya, aku nampak binatang berkaki empat, binatang liar, binatang menjalar, dan burung-burung liar.
7. Lalu aku mendengar suara berkata kepadaku, ‘Bangunlah Petrus! Sembelihlah binatang itu dan makanlah!’
8. Tetapi aku menjawab, ‘Tidak, Tuhan! Aku belum pernah makan apa-apa yang haram atau najis.’
9. Suara itu berkata lagi dari langit, ‘Janganlah anggap haram apa yang sudah dinyatakan halal oleh Allah!’
10. Peristiwa itu berulang tiga kali dan akhirnya semuanya terangkat kembali ke langit.
11. Pada saat itu juga, tiga orang dari Kaisarea yang diutus kepadaku, tiba di rumah tempat aku menginap.