Kidung Agung 8:3-7 Alkitab Berita Baik (BM)

3. Tangan kirimu menopang kepalaku,dan tangan kananmu membelai aku.

4. Berjanjilah,hai puteri-puteri Yerusalem,bahawa kamu tidak akan mengganggu cinta kami.

5. Siapakah dia yang datang dari padang gurun,bersandar pada kekasihnya?Aku membangunkan engkau di bawah pokok epal,di tempat engkau dilahirkan.

6. Jadikanlah aku buah hatimu;jangan peluk sesiapa pun selain aku,kerana cinta itu sekuat maut,dan nafsu berkuasa seperti kematian.Nyalanya seperti nyala api,yang berkobar dengan dahsyat.

7. Air yang banyak tidak dapat memadamkan cinta,air bah tidak dapat menenggelamkannya.Jika seorang memberikan segala hartanya untuk membeli cinta,pasti hanya hinaan yang didapatinya.

Kidung Agung 8