Kidung Agung 8:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Alangkah baiknya jika engkau saudaraku,yang disusui oleh ibuku sendiri,supaya apabila aku menemui engkau di tengah jalan,aku boleh mencium engkau, dan tidak sesiapa pun menghina aku.

2. Aku akan membawa engkau ke rumah ibuku,dan engkau akan mengajar aku bercinta.Aku akan memberi engkau minum wain campurdan air buah delimaku.

3. Tangan kirimu menopang kepalaku,dan tangan kananmu membelai aku.

4. Berjanjilah,hai puteri-puteri Yerusalem,bahawa kamu tidak akan mengganggu cinta kami.

5. Siapakah dia yang datang dari padang gurun,bersandar pada kekasihnya?Aku membangunkan engkau di bawah pokok epal,di tempat engkau dilahirkan.

Kidung Agung 8