1. Hai wanita yang paling jelita,ke manakah kekasihmu pergi?Katakanlah ke mana dia pergi,supaya kami dapat menolong kamu mencari dia.
2. Kekasihku telah pergi ke tamannya,ke taman rempah-rempahuntuk menggembala ternakannya di taman,sambil memetik bunga bakung.
3. Kekasihku kepunyaanku,dan aku kepunyaannya;dia sedang menggembala ternakannya di tengah-tengah bunga bakung.
4. Hai sayangku, engkau secantik kota Yerusalem,seindah kota Tirza.Engkau sangat mempesonakanseperti kota-kota yang besar itu.
5. Palingkanlah wajahmu daripadaku,kerana pandanganmu membingungkan aku.Rambutmu seperti kawanan kambingyang menuruni bukit-bukit Gilead.
6. Gigimu putih seperti kawanan dombayang baru dimandikan;berpasangan seperti anak domba kembar,tiada satu pun hilang.
7. Pipimu seperti belahan buah delima,di balik tudungmu.