Kidung Agung 4:13-16 Alkitab Berita Baik (BM)

13. Di sana tumbuh pokok-pokok delimadengan buah-buah yang paling lazat;bunga inai dan narwastu,

14. kunyit, tebu, kayu manis,dan segala macam kemenyan;mur dan gaharudengan pelbagai rempah pilihan.

15. Taman itu diairi mata air yang memancarkan air segar,yang mengalir dari Pergunungan Lebanon.

16. Bangkitlah, hai angin utara.Bertiuplah ke tamanku,hai angin selatan;biarlah harummu semerbak di udara.Semoga kekasihku datang ke tamanku,dan makan buah-buah yang lazat.

Kidung Agung 4