Kidung Agung 2:11-17 Alkitab Berita Baik (BM)

11. Musim sejuk sudah berlalu;hujan pun sudah berhenti.

12. Bunga di padang sudah mekar.Inilah masanya untuk menyanyi;bunyi tekukur terdengar di padang.

13. Buah ara mula masak;pokok anggur semerbak harum bunganya.Marilah, hai sayangku,marilah jelitaku, marilah.

14. Engkau seperti burung merpatiyang bersembunyi di celah-celah bukit batu.Biarlah kulihat wajahmu yang cantik itu,biarlah kudengar suaramu yang merdu.

15. Tangkaplah rubah-rubah yang kecil itu,rubah yang merosakkan ladang anggur,kerana pokok anggur kita sedang berbunga.

16. Kekasihku kepunyaanku,dan aku kepunyaannya.Dia menggembala dombanya di tengah-tengah bunga bakung

17. sehingga angin fajar bertiup dan kegelapan pun hilang.Kembalilah, hai sayangku,seperti kijang,seperti anak rusa di pergunungan Beter.

Kidung Agung 2