6. Jangan hina aku kerana kulitku hitam;aku hitam kerana kena sinaran matahari.Saudara-saudaraku marah terhadap aku,dan memaksa aku bekerja di ladang anggur;aku tiada masa menjaga diriku sendiri.
7. Katakanlah, hai kekasihku,di manakah engkau akan menggembalakan ternakan,di manakah domba berbaring pada tengah hari?Mengapakah aku harus mencari engkauantara kawanan domba kepunyaan gembala lain?
8. Tidakkah engkau tahu akan tempatnya,hai wanita yang paling jelita?Ikutlah jejak kawanan ternak,dan gembalakanlah anak-anak kambingmudekat khemah para gembala.
9. Hai sayangku,engkau laksana kuda betinayang memberahikankuda jantan penarik kereta kudaraja Mesir.
10. Pipimu molek dengan perhiasan,lehermu cantik dengan kalung permata.