16. Gerson mempunyai dua orang anak lelaki: Libni dan Simei; mereka mempunyai keturunan yang banyak.
17. Kehat mempunyai empat orang anak lelaki: Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel. Kehat hidup selama 133 tahun.
18. Merari mempunyai dua orang anak lelaki: Mahli dan Musi. Merekalah puak-puak dalam suku Lewi dengan keturunan masing-masing.
19. Amram berkahwin dengan Yokhebed, adik perempuan bapanya; anak mereka ialah Harun dan Musa. Amram hidup selama 137 tahun.
20. Yizhar mempunyai tiga orang anak lelaki: Korah, Nefeg, dan Zikhri.
21. Uziel juga mempunyai tiga orang anak lelaki: Misael, Elsafan, dan Sitri.
22. Harun berkahwin dengan Eliseba, anak perempuan Aminadab; Eliseba juga saudara Nahason. Eliseba melahirkan Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar.
23. Korah mempunyai tiga orang anak lelaki: Asir, Elkana, dan Abiasaf. Merekalah nenek moyang keluarga-keluarga dalam puak Korah.
24. Eleazar, anak lelaki Harun, berkahwin dengan salah seorang anak perempuan Putiel. Anak mereka ialah Pinehas. Merekalah ketua puak dan ketua keluarga dalam suku Lewi.
25. Harun dan Musa itulah yang diperintahkan TUHAN untuk membawa orang Israel keluar dari Mesir.
26. Mereka berdua menghadap raja Mesir dan meminta raja supaya membebaskan orang Israel.
27. Ketika TUHAN berfirman kepada Musa di negeri Mesir,
28. TUHAN berfirman, “Akulah TUHAN. Beritahulah raja Mesir segala sesuatu yang telah Aku firmankan kepadamu.”
29. Tetapi Musa berkata, “Engkau tahu bahawa aku tidak pandai berkata-kata. Mana mungkin raja mahu mendengarkan kata-kataku?”