12. Tetapi TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun, “Beritahulah orang Israel dan raja Mesir bahawa Aku telah memerintah engkau untuk memimpin orang Israel keluar dari Mesir.”
13. Inilah salasilah Musa dan Harun: Ruben, anak sulung Yakub, mempunyai empat orang anak lelaki: Henokh, Palu, Hezron, dan Karmi. Merekalah nenek moyang puak-puak dalam suku Ruben.
14. Simeon mempunyai enam orang anak lelaki: Yemuel, Yamin, Ohad, Yakhin, Zohar, dan juga Saul, anak lelaki daripada seorang perempuan Kanaan. Merekalah nenek moyang puak-puak dalam suku Simeon.
15. Lewi mempunyai tiga orang anak lelaki: Gerson, Kehat, dan Merari. Merekalah nenek moyang puak-puak dalam suku Lewi. Lewi hidup selama 137 tahun.
16. Gerson mempunyai dua orang anak lelaki: Libni dan Simei; mereka mempunyai keturunan yang banyak.
17. Kehat mempunyai empat orang anak lelaki: Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel. Kehat hidup selama 133 tahun.
18. Merari mempunyai dua orang anak lelaki: Mahli dan Musi. Merekalah puak-puak dalam suku Lewi dengan keturunan masing-masing.
19. Amram berkahwin dengan Yokhebed, adik perempuan bapanya; anak mereka ialah Harun dan Musa. Amram hidup selama 137 tahun.
20. Yizhar mempunyai tiga orang anak lelaki: Korah, Nefeg, dan Zikhri.
21. Uziel juga mempunyai tiga orang anak lelaki: Misael, Elsafan, dan Sitri.
22. Harun berkahwin dengan Eliseba, anak perempuan Aminadab; Eliseba juga saudara Nahason. Eliseba melahirkan Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar.