19. Dia membentangkan penutup Khemah TUHAN, lalu menutupinya dengan penutup lain, sebagaimana yang telah diperintahkan TUHAN.
20. Kemudian Musa mengambil dua buah batu tulis itu dan meletakkannya di dalam Tabut Perjanjian. Dia memasukkan kayu pengusung Tabut ke dalam gelang-gelangnya, lalu menutup Tabut dengan penutupnya.
21. Lalu dia meletakkan Tabut itu di dalam Khemah TUHAN dan menggantungkan tirai pelindung di depan Tabut Perjanjian, sesuai dengan perintah TUHAN kepadanya.
22. Dia meletakkan meja di dalam Khemah TUHAN, di bahagian utara, sebelah luar tirai itu,
23. dan meletakkan roti yang dipersembahkan kepada TUHAN di atas meja itu, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN.
24. Musa meletakkan kaki pelita di dalam Khemah TUHAN, di bahagian selatan, berhadapan dengan meja itu.
25. Di situ, di hadirat TUHAN, dia menyalakan pelita itu, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN.
26. Dia meletakkan mazbah emas di dalam Khemah TUHAN, di hadapan tirai,
27. lalu membakar kemenyan yang harum, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN.
28. Dia menggantungkan tirai di pintu masuk Khemah TUHAN,
29. dan di situ, di depan tirai itu, dia meletakkan mazbah tempat membakar korban. Di atas mazbah itu dia mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, seperti yang diperintahkan TUHAN.
30. Dia meletakkan besen di antara Khemah dan mazbah, lalu mengisinya dengan air.
31. Musa, Harun dan anak-anaknya membasuh tangan dan kaki di situ,
32. bila-bila sahaja mereka masuk ke dalam Khemah TUHAN atau mendekati mazbah, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN.