Keluaran 4:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Kemudian Musa berkata kepada TUHAN, “Bagaimana pula jika umat Israel tidak mempercayai aku dan tidak mahu mempedulikan kata-kataku? Apakah yang harus aku buat jika mereka berkata bahawa Engkau tidak menampakkan diri kepadaku?”

2. Oleh itu TUHAN bertanya kepada Musa, “Apakah yang engkau pegang itu?”“Tongkat,” jawab Musa.

3. TUHAN berfirman, “Campakkanlah tongkat itu ke tanah.” Apabila Musa mencampakkannya ke tanah, tongkat itu berubah menjadi ular dan Musa berundur untuk menjauhi ular itu.

Keluaran 4