Keluaran 39:29-43 Alkitab Berita Baik (BM)

29. ikat pinggang daripada kain linen halus, dan kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, dihias dengan sulaman, seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.

30. Mereka membuat suatu perhiasan daripada emas tulen, suatu tanda yang suci bahawa mereka sudah ditahbiskan. Pada perhiasan itu mereka mengukir perkataan ini: “Ditahbiskan untuk TUHAN.”

31. Mereka mengikatkan perhiasan itu pada serban dengan tali biru, seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.

32. Segala pekerjaan membina Khemah TUHAN itu telah selesai. Orang Israel membuat segala-galanya seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.

33. Mereka membawa Khemah TUHAN kepada Musa dengan segala peralatannya, cangkuk, rangka, kayu lintang, tiang dengan alas tiang;

34. penutup daripada kulit domba jantan yang dicelup merah; penutup daripada kulit halus; tirai;

35. Tabut Perjanjian yang mengandungi dua buah batu tulis, dan juga kayu pengusungnya serta penutupnya;

36. meja dan segala peralatannya, roti yang dipersembahkan kepada Allah;

37. kaki pelita daripada emas tulen, pelitanya, semua peralatannya, dan minyak pelita;

38. mazbah emas; minyak upacara; kemenyan yang harum; tirai pintu Khemah TUHAN;

39. mazbah gangsa dengan kekisinya, kayu pengusungnya dan segala peralatannya; besen dan alasnya;

40. tirai pagar, tiang pagar dan alas tiang; tirai untuk pintu pagar dan tali-talinya; pasak-pasak Khemah TUHAN; segala peralatan yang digunakan dalam Khemah TUHAN;

41. dan pakaian indah untuk para imam, yang dipakai semasa mereka bertugas di Bilik Suci, dan pakaian khas untuk Imam Harun, dan anak-anaknya.

42. Orang Israel telah menyelesaikan segala pekerjaan seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.

43. Musa memeriksa segala-galanya, dan melihat bahawa mereka telah membuat semuanya tepat seperti yang diperintahkan TUHAN. Oleh itu Musa memberkati mereka.

Keluaran 39