14. Pada tiap-tiap batu permata itu diukirkan salah satu nama anak-anak Yakub untuk mewakili dua belas suku Israel.
15. Mereka membuat rantai daripada emas tulen yang dipintal seperti tali untuk penutup dada itu.
16. Mereka membuat dua bingkai emas dan dua gelang emas, lalu memasangkan dua gelang emas itu pada sudut sebelah atas penutup dada.
17. Mereka mengikat dua utas rantai emas pada dua gelang emas,
18. lalu mengikat hujung rantai emas yang satu lagi pada kedua-dua bingkai. Dengan demikian penutup dada itu dapat dihubungkan dengan bahagian depan tali bahu efod.
19. Mereka membuat dua gelang emas dan memasangkannya pada penutup dada, di sudut bawah, di bahagian dalamnya yang kena efod.
20. Mereka membuat dua gelang emas lagi, dan memasangkannya ke bahagian bawah di depan dua tali bahu efod, dekat dengan kelim, dan di sebelah atas ikat pinggang yang ditenun halus.
21. Sesuai dengan perintah TUHAN kepada Musa, mereka mengikat gelang penutup dada itu pada gelang efod dengan tali biru, agar penutup dada itu terletak di atas ikat pinggang dan tidak terlepas.
22. Jubah yang dipakai di bawah efod, seluruhnya ditenun daripada kain bulu berwarna biru.
23. Lubang lehernya diperkuat dengan pita tenunan supaya tidak mudah koyak.
24-26. Di sekeliling kelepet sebelah bawah jubah itu, mereka membuat hiasan berupa buah delima daripada kain linen halus dan kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, di selang-seli dengan loceng daripada emas tulen, menurut perintah TUHAN kepada Musa.
27. Mereka membuat baju labuh daripada kain linen halus untuk Harun dan anak-anaknya,
28. dan juga serban, ikat kepala, celana pendek daripada kain linen,
29. ikat pinggang daripada kain linen halus, dan kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, dihias dengan sulaman, seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
30. Mereka membuat suatu perhiasan daripada emas tulen, suatu tanda yang suci bahawa mereka sudah ditahbiskan. Pada perhiasan itu mereka mengukir perkataan ini: “Ditahbiskan untuk TUHAN.”
31. Mereka mengikatkan perhiasan itu pada serban dengan tali biru, seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
32. Segala pekerjaan membina Khemah TUHAN itu telah selesai. Orang Israel membuat segala-galanya seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
33. Mereka membawa Khemah TUHAN kepada Musa dengan segala peralatannya, cangkuk, rangka, kayu lintang, tiang dengan alas tiang;
34. penutup daripada kulit domba jantan yang dicelup merah; penutup daripada kulit halus; tirai;