1. Dengan kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, mereka membuat pakaian indah untuk para imam. Para imam memakai pakaian itu apabila mereka bertugas di Bilik Suci. Mereka membuat pakaian imam untuk Harun seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
2. Mereka membuat efod daripada kain linen halus, kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, dan benang emas.
3. Mereka menempa kepingan emas dan menjadikannya jaluran-jaluran tipis untuk dijalin bersama kain linen halus dan kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, yang dihias dengan sulaman.
4. Selepas itu mereka membuat dua tali bahu pengikat efod, yang dijahitkan pada sisinya.
5. Ikat pinggang yang ditenun halus daripada bahan yang sama, dijahitkan pada efod itu sehingga menjadi satu bahagian, seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
6. Mereka mencanai batu sardis lalu mengikatnya dengan bingkai emas. Dengan sangat mahir, mereka mengukir nama dua belas orang anak Yakub pada batu-batu permata itu.
7. Kemudian batu-batu permata itu dipasang pada tali bahu efod untuk mewakili dua belas suku Israel, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
8. Mereka membuat penutup dada dengan bahan-bahan itu juga, sama seperti yang digunakan untuk efod, dan sulamannya pun sama.
9. Bentuknya empat persegi dan dilipat dua, 22 sentimeter panjang dan 22 sentimeter lebar.
10. Mereka memasang empat baris batu permata pada penutup dada itu. Pada baris pertama dipasangkan batu delima, batu topaz, dan batu garnet;
11. pada baris kedua dipasangkan batu zamrud, batu nilam, dan batu berlian;
12. pada baris ketiga dipasangkan batu firus, batu akik, dan batu kecubung;