Keluaran 30:14-26 Alkitab Berita Baik (BM)

14. Setiap orang yang dihitung dalam pembancian itu, iaitu setiap orang lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas mesti membayar jumlah itu.

15. Orang kaya tidak boleh membayar lebih dan orang miskin tidak boleh membayar kurang, apabila mereka membayar wang tebusan untuk diri mereka.

16. Kumpulkan wang itu daripada umat Israel dan gunakannya untuk kepentingan ibadat di dalam Khemah-Ku. Semua itu adalah wang tebusan bagi diri mereka, dan Aku akan sentiasa ingat untuk melindungi mereka.”

17. TUHAN berfirman kepada Musa,

18. “Buatlah sebuah besen daripada gangsa dengan alasnya daripada gangsa juga. Letakkan besen itu di antara Khemah dan mazbah, dan isilah besen itu dengan air.

19. Harun dan anak-anaknya mesti menggunakan air itu untuk membasuh tangan dan kaki,

20. sebelum masuk ke dalam Khemah atau mendekati mazbah untuk mempersembahkan persembahan makanan. Dengan demikian mereka tidak akan dibunuh.

21. Mereka mesti membasuh tangan dan kaki supaya mereka tidak mati. Peraturan ini mesti ditaati mereka dan keturunan mereka selama-lamanya.”

22. TUHAN berfirman kepada Musa,

23. “Ambillah rempah-rempah yang terbaik: enam kilogram mur cecair, tiga kilogram kulit kayu manis yang harum, tiga kilogram tebu yang harum,

24. enam kilogram kayu teja (semuanya ditimbang mengikut timbangan yang digunakan di dalam Khemah-Ku), dan empat liter minyak zaitun,

25. lalu buatlah minyak upacara yang dicampur seperti minyak wangi.

26. Gunakanlah minyak upacara itu untuk melumuri Khemah-Ku, Tabut Perjanjian,

Keluaran 30