Keluaran 27:1-9 Alkitab Berita Baik (BM)

1. “Buatlah sebuah mazbah daripada kayu akasia. Mazbah itu harus berbentuk empat persegi, berukuran 2.2 meter panjang, 2.2 meter lebar, dan 1.3 meter tinggi.

2. Buatlah unjuran pada keempat-empat sudutnya. Unjuran itu mesti seiras dengan mazbah dan seluruhnya disaluti gangsa.

3. Buatlah periuk untuk abu berminyak, dan buatlah juga penyodok, mangkuk, garpu, dan perbaraan; kesemua peralatan ini mesti dibuat daripada gangsa.

4. Buatlah juga kekisi daripada gangsa dan pasanglah empat buah gelang gangsa pada keempat-empat sudut.

5. Tinggi kekisi itu harus setengah daripada tinggi mazbah. Kekisi itu harus dililitkan pada bahagian bawah mazbah itu.

6. Buatlah dua batang kayu pengusung daripada kayu akasia yang disaluti gangsa.

7. Masukkan kayu pengusung itu ke dalam gelang di kedua-dua sisi mazbah semasa mengusung mazbah itu.

8. Buatlah mazbah itu daripada papan dan bahagian dalamnya berongga, menurut pelan yang Aku tunjukkan kepadamu di atas gunung ini.”

9. “Buatlah pagar di sekeliling Khemah-Ku. Pagar itu berupa tirai daripada kain linen halus. Di bahagian selatan, tirai itu harus 44 meter panjang,

14-15. Pada tiap-tiap sisi pintu itu, harus dipasang tirai; setiap tirai panjangnya 6.6 meter, dengan tiga batang tiang dan tiga buah alas.

Keluaran 27