1. TUHAN berfirman kepada Musa,
2. “Suruhlah umat Israel membawa persembahan kepada-Ku. Terimalah apa sahaja persembahan daripada setiap orang yang ingin memberi.
3. Persembahan itu boleh berupa: emas, perak, dan gangsa;
4. kain linen halus, kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah; kain daripada bulu kambing;
5. kulit domba jantan yang dicelup merah; kulit halus; kayu akasia;
6. minyak untuk pelita; rempah-ratus untuk minyak upacara dan untuk kemenyan yang harum;
7. batu sardis dan berjenis-jenis permata lain untuk ditatah pada efod dan penutup dada Imam Agung.
8. Suruhlah umat itu membina sebuah khemah suci untuk-Ku supaya Aku dapat tinggal bersama-sama mereka.