10. “Selama enam tahun kamu boleh menanami ladang dan mengumpulkan apa yang dihasilkannya.
11. Tetapi pada tahun yang ketujuh tanah itu harus dibiarkan. Sepanjang tahun itu kamu tidak boleh mengumpulkan hasil apa sahaja yang tumbuh dengan sendirinya di ladang kamu. Biarlah orang miskin mengambilnya, dan sisanya untuk binatang liar. Buatlah hal yang sama pada ladang anggur dan pokok zaitun kamu.
12. Bekerjalah selama enam hari dalam seminggu, tetapi pada hari yang ketujuh kamu tidak boleh bekerja, supaya abdi kamu serta orang asing yang bekerja untuk kamu, dan juga ternakan kamu dapat berehat.