2-4. Orang itu mesti mengganti apa sahaja yang dicurinya. Jika dia tidak mempunyai apa-apa, dia mesti dijual sebagai abdi untuk membayar apa yang telah dicurinya. Jika yang dicuri itu lembu, keldai, ataupun domba, dan didapati masih hidup pada orang itu, dia mesti mengganti setiap ekor binatang dengan dua ekor binatang.Jika seorang pencuri tertangkap ketika memecah masuk ke dalam rumah pada malam hari, lalu dia terbunuh, orang yang membunuh dia tidak bersalah. Tetapi jika hal ini berlaku pada siang hari, orang yang membunuh pencuri itu bersalah.
5. Jika seseorang membiarkan ternakannya meragut rumput di ladang ataupun ladang anggur, lalu ternakan itu berkeliaran dan makan tanaman di ladang orang lain, pemilik ternakan itu mesti membayar ganti rugi dengan hasil yang terbaik dari ladang atau ladang anggurnya sendiri.
6. Jika seseorang menyalakan api di ladangnya, lalu api itu menyambar semak-semak dan merambat ke ladang orang lain sehingga membakar gandum yang sedang tumbuh ataupun gandum yang sudah diberkas, orang yang menyalakan api itu mesti membayar ganti rugi.
7. Jika seseorang setuju menyimpan titipan berupa wang atau barang berharga, lalu barang-barang itu dicuri dari rumahnya, pencuri itu mesti membayar dua kali ganda, jika dia kedapatan.
8. Tetapi jika pencuri tidak kedapatan, orang yang dititipi itu mesti dibawa ke tempat ibadat, lalu bersumpah bahawa dia tidak mencuri barang yang dititipkan padanya.
9. Bagi tiap-tiap perselisihan faham tentang harta benda, sama ada lembu, keldai, domba, pakaian, ataupun barang-barang yang hilang, kedua-dua orang yang mengaku sebagai pemiliknya mesti dibawa ke tempat ibadat. Orang yang ditunjukkan Allah sebagai orang yang bersalah, mesti membayar dua kali ganda kepada pemilik sebenar.
20. Sesiapa yang mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan lain, kecuali kepada Aku, TUHAN, orang itu harus dihukum mati.