Keluaran 22:12-24 Alkitab Berita Baik (BM)

2-4. Orang itu mesti mengganti apa sahaja yang dicurinya. Jika dia tidak mempunyai apa-apa, dia mesti dijual sebagai abdi untuk membayar apa yang telah dicurinya. Jika yang dicuri itu lembu, keldai, ataupun domba, dan didapati masih hidup pada orang itu, dia mesti mengganti setiap ekor binatang dengan dua ekor binatang.Jika seorang pencuri tertangkap ketika memecah masuk ke dalam rumah pada malam hari, lalu dia terbunuh, orang yang membunuh dia tidak bersalah. Tetapi jika hal ini berlaku pada siang hari, orang yang membunuh pencuri itu bersalah.

12. tetapi jika binatang itu dicuri, dia mesti membayar ganti rugi kepada pemiliknya.

13. Jika ternakan itu diterkam oleh binatang buas, orang itu mesti menunjukkan sisa-sisa tulang binatang itu sebagai bukti kepada pemiliknya. Dalam hal ini dia tidak perlu membayar ganti rugi bagi binatang itu.

14. Jika seseorang meminjam seekor binatang, lalu binatang itu terluka atau mati ketika pemiliknya tidak ada di tempat kejadian itu, orang yang meminjamnya mesti membayar ganti rugi.

15. Tetapi jika hal itu terjadi ketika pemiliknya ada di situ, orang itu tidak perlu membayar ganti rugi. Jika binatang itu disewa, kerugiannya sudah dibayar oleh bayaran sewa.”

16. “Jika seorang lelaki menggoda seorang anak dara yang belum bertunang, dan bersetubuh dengannya, lelaki itu mesti membayar mas kahwin, dan berkahwin dengannya.

17. Tetapi jika bapa anak dara itu tidak membenarkan lelaki itu mengahwini anaknya, lelaki itu mesti membayar wang sebanyak mas kahwin bagi seorang anak dara kepada bapa itu.

18. Bunuhlah setiap perempuan yang melakukan sihir.

19. Bunuhlah setiap orang yang melakukan hubungan jenis dengan binatang.

20. Sesiapa yang mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan lain, kecuali kepada Aku, TUHAN, orang itu harus dihukum mati.

21. Jangan berlaku kejam dan jangan tindas orang asing; ingatlah, dahulu kamu pun orang asing di negeri Mesir.

22. Jangan berlaku kejam terhadap balu atau anak yatim piatu.

23. Jika kamu berlaku kejam terhadap mereka, Aku, TUHAN akan mengabulkan permintaan mereka apabila mereka berseru minta tolong kepada-Ku.

24. Aku akan murka dan membunuh kamu dalam perang. Isteri kamu akan menjadi balu dan anak-anak kamu menjadi yatim.

Keluaran 22