Keluaran 20:23-26 Alkitab Berita Baik (BM)

23. Jangan buat berhala bagi diri kamu – berhala daripada perak ataupun emas untuk disembah di samping Aku.

24. Binalah mazbah daripada tanah bagi-Ku; di atasnya persembahkanlah domba dan lembu kamu sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan korban untuk memohon berkat TUHAN. Di setiap tempat yang Aku tentukan bagi kamu untuk beribadat kepada-Ku, Aku akan datang dan memberkati kamu.

25. Jika kamu membina mazbah daripada batu untuk-Ku, jangan binanya daripada batu yang dipahat, kerana apabila kamu menggunakan pahat padanya, batu itu tidak lagi layak untuk-Ku.

26. Jangan bina mazbah yang bertangga untuk-Ku, supaya tidak kelihatan bahagian badan kamu yang tidak wajar dilihat.”

Keluaran 20