1. Segenap umat Israel berangkat dari Elim. Pada hari kelima belas dalam bulan kedua sejak mereka meninggalkan Mesir, mereka tiba di padang gurun Sin yang terletak di antara Elim dan Sinai.
2. Mereka semua bersungut-sungut terhadap Musa dan Harun di padang gurun itu.
3. Mereka berkata kepada Musa dan Harun, “Lebih baik sekiranya kami mati dibunuh oleh TUHAN di Mesir. Di sana sekurang-kurangnya kami dapat duduk, serta makan daging, dan seberapa banyak makanan yang kami inginkan. Tetapi kamu telah membawa kami ke padang gurun ini supaya kami semua mati kelaparan.”
4. TUHAN berfirman kepada Musa, “Sekarang Aku akan menghujani kamu semua dengan makanan dari langit. Tiap-tiap hari umat mesti keluar untuk mengumpulkan roti secukupnya bagi satu hari. Dengan cara ini Aku dapat menguji umat-Ku, supaya Aku tahu sama ada mereka mentaati perintah-Ku atau tidak.