Keluaran 15:8-18 Alkitab Berita Baik (BM)

8. Engkau meniup laut sehingga airnya tertompok tinggi;airnya tegak lurus seperti tembok;dasarnya yang paling dalam menjadi kering.

9. Musuh berkata, ‘Aku akan mengejar dan menangkap mereka;aku akan membahagi-bahagikan kekayaan mereka,dan mengambil segala yang aku kehendaki;aku akan menghunus pedangku dan mengambil segala milik mereka.’

10. Tetapi dengan hanya satu hembusan nafas-Mu, ya TUHAN,orang Mesir tenggelam;mereka tenggelam seperti timah di dalam air yang dahsyat.

11. Ya TUHAN, siapakah antara tuhan-tuhan yang seperti Engkau?Siapakah yang seperti Engkau, mulia dan suci?Siapakah yang dapat melakukan mukjizatdan perbuatan menakjubkan seperti yang Engkau lakukan?

12. Engkau menghulurkan tangan kanan-Mu,lalu bumi menelan musuh-musuh kami.

13. Engkau memimpin umat yang telah Engkau selamatkan,kerana Engkau setia kepada janji-Mu.Dengan kekuatan-Mu yang besar,Engkau memimpin mereka ke tanah-Mu yang suci.

14. Bangsa-bangsa yang mendengar hal itu gementar ketakutan;orang Filistin dicengkam perasaan gentar.

15. Para pemimpin orang Edom gerun;orang Moab yang perkasa gementar;orang Kanaan hilang keberanian.

16. Ketakutan dan kengerian menimpa mereka.Mereka nampak kekuatan-Mu, ya TUHAN,mereka tidak berdaya kerana ketakutan,sehingga umat-Mu telah lalu di hadapan mereka –umat yang Engkau bebaskan daripada perhambaan.

17. Engkau membawa mereka masuk,dan menempatkan mereka di gunung-Mu,tempat yang Engkau, ya TUHAN, pilih untuk menjadi kediaman-Mu;Rumah yang Engkau bina sendiri.

18. Engkau, ya TUHAN, akan menjadi raja selama-lamanya.”

Keluaran 15