13. Engkau memimpin umat yang telah Engkau selamatkan,kerana Engkau setia kepada janji-Mu.Dengan kekuatan-Mu yang besar,Engkau memimpin mereka ke tanah-Mu yang suci.
14. Bangsa-bangsa yang mendengar hal itu gementar ketakutan;orang Filistin dicengkam perasaan gentar.
15. Para pemimpin orang Edom gerun;orang Moab yang perkasa gementar;orang Kanaan hilang keberanian.
16. Ketakutan dan kengerian menimpa mereka.Mereka nampak kekuatan-Mu, ya TUHAN,mereka tidak berdaya kerana ketakutan,sehingga umat-Mu telah lalu di hadapan mereka –umat yang Engkau bebaskan daripada perhambaan.
17. Engkau membawa mereka masuk,dan menempatkan mereka di gunung-Mu,tempat yang Engkau, ya TUHAN, pilih untuk menjadi kediaman-Mu;Rumah yang Engkau bina sendiri.
18. Engkau, ya TUHAN, akan menjadi raja selama-lamanya.”
19. Orang Israel melintasi laut di atas tanah yang kering. Tetapi apabila kereta kuda dan kuda orang Mesir, serta pemandu kereta kuda masuk ke dalam laut, TUHAN mengembalikan air sehingga mereka tenggelam.
20. Kemudian Miryam, seorang nabi, iaitu kakak Harun, mengambil tamburinnya. Lalu semua wanita ikut memukul tamburin sambil menari.
21. Miryam bernyanyi untuk mereka,“Bernyanyilah untuk TUHANkerana Dia telah mendapat kemenangan yang cemerlang;Dia telah membuang kuda dan penunggang kuda ke dalam laut.”
22. Kemudian Musa memimpin orang Israel meninggalkan Laut Gelagah dan masuk ke padang gurun Syur. Mereka berjalan melintasi gurun itu selama tiga hari tanpa menjumpai air.
23. Kemudian mereka tiba di suatu tempat yang bernama Mara, tetapi air di situ sangat pahit sehingga tidak dapat diminum. Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Mara.
24. Rakyat bersungut terhadap Musa dan bertanya, “Apakah yang hendak kami minum?”
25. Musa berdoa dengan sungguh-sungguh kepada TUHAN, lalu TUHAN menunjukkan sebatang kayu kepadanya. Musa mencampakkan kayu itu ke dalam air, lalu air itu tidak pahit lagi sehingga dapat diminum.Di tempat itu TUHAN memberikan hukum kepada mereka, dan di situ juga Dia menguji mereka.
26. Dia berfirman, “Jika kamu sungguh-sungguh mentaati Aku, TUHAN, Allah kamu, dengan melakukan apa yang benar di sisi-Ku, serta menurut segala perintah-Ku, Aku tidak akan menghukum kamu dengan penyakit yang Aku timpakan kepada orang Mesir. Akulah TUHAN yang menyembuhkan kamu.”
27. Kemudian mereka tiba di Elim. Di situ terdapat dua belas mata air dan tujuh puluh pokok kurma. Mereka berkhemah dekat air di situ.