16. Perayaan ini akan menjadi satu peringatan, seperti tanda yang diikat pada tangan atau dahi kita, untuk mengingatkan kita bahawa TUHAN telah membawa kita keluar dari Mesir dengan kuasa-Nya yang besar.’ ”
17. Apabila raja Mesir membenarkan orang Israel pergi, Allah tidak memimpin mereka mengikut jalan yang melalui negeri Filistin, walaupun jalan itu yang paling pendek. Allah berfikir, “Aku tidak mahu umat ini mengubah fikiran, lalu balik ke Mesir apabila mereka tahu bahawa mereka mesti berperang.”
18. Oleh itu Dia membawa mereka ke jalan keliling melalui padang gurun menuju Laut Gelagah. Pada masa orang Israel meninggalkan Mesir, mereka bersenjata seperti akan berperang.
19. Musa membawa jenazah Yusuf, kerana semasa hidupnya Yusuf telah menyuruh orang Israel bersumpah untuk berbuat demikian. Yusuf berpesan, “Apabila Allah menyelamatkan kamu, kamu mesti membawa jenazahku keluar dari tempat ini.”