Kejadian 8:2-10 Alkitab Berita Baik (BM)

2. Segala mata air di bawah tanah dan pintu air di langit ditutup. Hujan berhenti,

3. lalu air semakin surut. Selepas seratus lima puluh hari, paras air tidak berapa tinggi lagi.

4. Pada hari ketujuh belas bulan ketujuh, bahtera itu terkandas di sebuah puncak di banjaran Ararat.

5. Air semakin surut dan pada hari pertama bulan kesepuluh, puncak-puncak gunung mula kelihatan.

6. Selepas empat puluh hari, Nuh membuka sebuah tingkap bahtera

7. lalu melepaskan seekor burung gagak. Burung itu tidak kembali tetapi terbang kian ke mari sehingga air banjir surut sama sekali.

8. Sementara itu, Nuh melepaskan seekor burung merpati untuk mengetahui sama ada air sudah surut.

9. Oleh sebab air masih meliputi seluruh muka bumi, burung merpati itu tidak mendapat tempat untuk hinggap. Burung merpati itu kembali ke bahtera; Nuh menghulurkan tangannya lalu membawa burung itu ke dalam bahtera.

10. Nuh menunggu selama tujuh hari, kemudian melepaskan burung itu semula.

Kejadian 8