1. Kemudian Yakub memanggil anak-anak lelakinya dan berkata, “Berkumpullah di sini, dekat aku. Aku akan memberitahu kamu apa yang kamu alami pada kemudian hari.
2. Berkumpullah, hai anak-anak Yakub,dengarlah Israel, bapa kamu.
3. Ruben, anakku yang sulung,engkaulah kekuatanku,buah pertama keperkasaanku.Engkau paling gagah dan kuatantara semua anak lelakiku.
4. Engkau mudah tergoncang seperti air,sehingga engkau bukan yang terutama.Oleh sebab engkau tidur dengan gundikku,engkau mencemarkan tempat tidur bapamu.
5. Simeon dan Lewi bersaudara;senjata mereka digunakan untuk kekejaman.
6. Aku tidak akan ikut dalam pakatan mereka,dan tidak ikut dalam kumpulan mereka.Oleh sebab mereka membunuh dalam kemarahan,dan melumpuhkan lembu jantan untuk bersuka-suka.
7. Terkutuklah kemarahan mereka,kerana sangat dahsyat.Terkutuklah amukan mereka,kerana sangat kejam.Aku akan menyelerakkan merekadi seluruh Israel.Aku akan mencerai-beraikan merekaantara semua bangsa.
8. Yehuda, engkau akan menerkam tengkuk musuhmu;saudara-saudaramu akan memujimudan sujud di hadapanmu.
9. Yehuda bagaikan singa;dia membunuh mangsanya,lalu kembali ke sarangnya;dia menggeliat lalu berbaring,dan tiada seorang pun berani mengusiknya.
29-30. Kemudian Yakub berpesan kepada anak-anak lelakinya, “Sebentar lagi aku akan meninggal seperti nenek moyangku. Kebumikanlah aku di tempat mereka dikebumikan, di dalam gua di Makhpela, di sebelah timur Mamre, di tanah Kanaan. Abraham sudah membeli gua dan ladang di sekitarnya untuk dijadikan perkuburan, daripada Efron orang Het.