1. Yakub mengemaskan segala kepunyaannya lalu berangkat. Apabila dia sampai di Bersyeba dia mempersembahkan korban kepada Allah yang disembah oleh Ishak, bapanya.
2. Pada waktu malam, dalam suatu penglihatan, Allah berfirman kepadanya, “Yakub, Yakub!”“Ya, aku mendengar,” jawabnya.
3. Allah berfirman, “Aku Allah, Allah yang disembah bapamu. Jangan takut pergi ke Mesir. Aku akan menjadikan keturunanmu bangsa yang besar di sana.
4. Aku akan menyertai engkau ke Mesir, dan membawa keturunanmu kembali ke negeri ini. Yusuf akan berada di sampingmu apabila engkau meninggal.”
5. Kemudian Yakub berangkat dari Bersyeba. Anak-anak lelakinya menaikkan bapa serta anak isteri mereka ke atas pedati-pedati yang dikirimkan oleh raja Mesir.
6. Mereka juga membawa ternakan dan segala harta benda yang diperoleh mereka di Kanaan, lalu berangkat ke Mesir. Yakub membawa semua keturunannya, iaitu
7. semua anak cucunya, lelaki dan perempuan.
8. Inilah anggota keluarga Yakub yang pergi bersama dengan dia ke Mesir:
9. Ruben, anak lelaki yang sulung dan anak-anak lelakinya: Henokh, Palu, Hezron, dan Karmi.