Kejadian 42:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Apabila Yakub mendengar berita bahawa ada gandum di Mesir, dia berkata kepada anak-anak lelakinya, “Mengapa kamu tidak melakukan sesuatu?

2. Aku mendengar berita bahawa ada gandum di Mesir; pergilah ke sana untuk membeli gandum supaya kita tidak mati kebuluran.”

3. Oleh itu sepuluh orang abang tiri Yusuf pergi membeli gandum di Mesir.

4. Tetapi Yakub tidak membenarkan Benyamin, adik kandung Yusuf, pergi bersama dengan mereka, kerana Yakub takut jangan-jangan terjadi sesuatu kecelakaan kepada anaknya itu.

5. Anak-anak Yakub bersama dengan orang lain datang membeli gandum di Mesir, kerana ada kebuluran di negeri Kanaan.

Kejadian 42