14. Isteri Esau yang bernama Oholibama, iaitu anak Ana dan cucu Zibeon, melahirkan tiga orang anak lelaki: Yeus, Yaelam, dan Korah.
15. Inilah ketua-ketua suku keturunan Esau: Elifas, anak sulung Esau, ialah nenek moyang suku-suku yang berikut: Teman, Omar, Zefo, Kenas, Korah, Gaetam, dan Amalek.
16. Mereka semua keturunan Ada, isteri Esau.
17. Rehuel, anak Esau, ialah nenek moyang suku-suku yang berikut: Nahat, Zerah, Syama, dan Miza. Mereka semua keturunan Basmat, isteri Esau.
18. Suku-suku berikut ialah keturunan Esau daripada isterinya yang bernama Oholibama anak Ana: Yeus, Yaelam, dan Korah.
19. Semua suku itu keturunan Esau.