Kejadian 29:28-31 Alkitab Berita Baik (BM)

28. Yakub bersetuju, dan apabila selesai pesta perkahwinan itu, Laban menyerahkan Rahel kepada Yakub untuk menjadi isterinya. (

29. Laban menyerahkan Bilha, hamba perempuannya kepada anaknya Rahel, untuk menjadi hambanya.)

30. Yakub juga bersetubuh dengan Rahel, dan dia mengasihi Rahel lebih daripada Lea. Kemudian Yakub bekerja untuk Laban selama tujuh tahun lagi.

31. Apabila TUHAN nampak bahawa Lea tidak begitu dikasihi seperti Rahel, Dia mengizinkan Lea melahirkan anak tetapi Rahel tetap tidak mendapat anak.

Kejadian 29